Saturday, 3 December 2016

Majlis Walimah anak Cikgu Norizan

Kami ada menghantar wakil ahli pertubuhan menghadiri majlis Walimah  anak Cikgu Norizan
gambar akan menyusul , InsyaAllah

Kelas Fardhu Ain- Slot Keluarga Sakinah

Ada 5 kelas  Fardhu Ain (peringkat dewasa) kendalian Ustazah Zohurah yg diadakan dibeberapa tempat dan hari-hari yang berlainan. Walau bagaimana pun, pada setiap awal bulan akan diadakan satu kelas yg dinamakan kelas Keluarga Sakinah.

Kelas ini akan dihadiri oleh semua pelajar dari kelima-lima kelas Fardhu Ain tersebut. Ia lebih merupakan aktivit ko-kurikulum kepada para pelajar. Selain dari disi dengan huraian Buku Modul Sakinah, di dalam kelas ini juga dihidangkan juga dengan informasi kesihatan dan hebahan mengenai aktiviti Pertubuhan Wanita Darul Sakinah Pasir Gudang yang akan dijalankan untuk bulan tersebut. Oleh itu para pelajar wajib datang jika tidak mahu ketinggalan, terutama kepada ahli pertubuhan.

Kelas Slot Keluarga Sakinah 3/12/16



Kelas kali ini dimeriahkan l;agi dengan penyampaian
 hadiah pencapaian cemerlang anak-anak pelajar. 
Cuma tahun ini hanya seorang saja yang dapat hadir ke majlis hari ini

Tahniah kepada 
Adik Nadziratul Azizi bin
yang berjaya cemerlang didalam
Peperiksaan Darjah Khas sekolah Agama Johor

(gambar didalam proses)



Gotong Royong di Blok 15

Semalam, Ahli Pertubuhan kebajikan wanita Darul Sakinah Pasir Gudang membuat Gotong royong di Block 15 Tmn Air Biru pagi tadi. Allah suka pada orang yg buat kebajikan dan kebaikan. Sebaik baik manusia yang memberi Manfaat kapada orang lain.




gambar2 ihsan FB Hjh Zanna

Friday, 19 June 2015

Tahlil Perdana

Tahlil Perdana
13 Jun 2015 @ 9.00 am 
Dewan Muslimah, Masjid Air Biru, Pasir Gudang
Bimbingan Ustazah Zuhorah Ahmad





Wednesday, 10 June 2015

Marhaban Ya Ramadhan

Semuga kita telah bersedia menyambut kedatangan
 Ramadhan yang ditunggu-tunggu


Wednesday, 23 July 2014

Update Blog

Assalamualaikum
Alhamdulillah blog yang sangat ringkas ini telah siap dan boleh diguna pakai. Pihak kami memerlukan sokongan ahli-ahli pertubuhan dalam memberikan input untuk di paparkan kedalam blog ini.  Jika ada maklumat sila update kami dengan memberikan butiran seperti berikut:-

Tajuk:-
Cerita/Catatan:


Tarikh untuk di update:
Biro / kelas:
Nama & no. tel  Pemberi maklumat:

Maklumat diatas boleh di email kepada saya di alamat norzizali@gmail.com
atau tulislah diatas kertas dan sampaikan catitan tersebut kepada Ketua Biro anda. Ketua biro akan menyerahkan catitan tersebut kpada saya. Kami akan mengemaskini maklumat yang ada secepat mungkin, Inn Syaa Allah