Profile

PERTUBUHAN KEBAJIKAN WANITA DARUL SAKINAH
 PASIR GUDANG
(No. Pendaftaran: 1034-07-JHR)


LOGO

Bentuk
Lambang Pertubuhan merupakan tudung/mini telekung wanita yang dilingkari oleh bulatan bujur berwarna biru menebal dibawahnya. Bahagian dalam terdapat setangkai bunga mawar bewarna merah dan mempunyai daun bewarna hijau. Perkataan Pertubuhan Kebajikan Wanita Darul Sakinah ditulis mengikut lengkungan dibahagian atas.

Keterangan
Bunga mawar melambangkan wanita manakala tangkai melambangkan pegangan dan pendirian. Daun pula melambangkan wawasan.
Bentuk tudung bermaksud aura yang dilindungi wanita, Lingkaran luar tudung terdapat bulatan bujur yang bermaksud ahli pertubuhan yang bersatu dan berjemaah.
Warna biru melambangkan ahli pertubuhan yang berdisiplin.
Warna merah melambangkan ahli peryubuhan yang berani menghadapi cabaran.
Warna hijau melambangkan wawasan yang selari dengan tuntutan ajaran Islam.

SEJARAH





OBJEKTIF  PERTUBUHAN
1.  Memastikan harta yang ada menjana pahala yang berterusan
2.  Menyatu-padukan dan Mengukuhkan Persaudaraan Dan Silaturahim Kaum Wanita
3.  Menjalankan Aktiviti Yang Dapat Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan
4.  Menjana Dana Melalui Aktiviti Perniagaan Dan Keusahawanan
5.  Mengutip Derma Untuk Kegunaan Pertubuhan
6.  Memberi Dan Menerima Derma Dan Sumbangan Untuk Mencapai Matlamat Kebajikan
7. Memperoleh, Membeli, Memiliki dan Mencagar Tanah, Bangunan  dan Harta Lain Untuk   Memajukan Pertubuhan Setelah Mendapat Kebenaran


KEAHLIAN
Semua wanita boleh menjadi ahli pertubuhan jika memenuhi syarat-syarat berikut:-

1. Mengisi borang penyertaan, membayar yuran penyertaan sebanyak RM10
dan yuran bulanan RM5.00
2. Menghadiri salah satu kelas Fardhu Ain Ustazah Hjh Zuhorah bt. Ahmad secara konsisten
3. Meletakkan diri dan memberi komitmentpada mana-mana satu dari 5 biro pertubuhan
4. Membeli Baju Seragam Pertubuhan
5. Memberi sepenuh komitment dan sokongan padu kepada Pertubuhan




No comments:

Post a Comment